CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 28, 2009

Jika seorang wanita itu menangis.....



Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya¿.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya¿.

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan¿.
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,

Mungkin akan terlambat untuk mohon MAAF!!

KEAJAIBAN AZAN.......

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa
ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan
bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

p/s : see more on youtube...
taip 'keajaiban azan' and Masyaallah......

Sunday, April 26, 2009

PIALA MALAYSIA milik MERAH KUNING!!!!!

NEGERI KU!!!!
juara kali ni...
berjaya mengalahkan negeri itu dengan keputusan penalti 4-1....
keseronokan yang aku tak dapat bayangkan sekarang ni...
bukan sebab aku fan fanatik nak mampus bola....
walaupun memang aku minat...
tapi sebab negeri yang berjaya dikalahkan itu adalah negeri itu...
huhuhuhuhu....

maaf ar kalu statement aku kali ni akan membuatkan org2 negeri tu mara ngan aku..
(aku pedulik pe pun sebenarnye)
tapi memang aku rasa tersangat2 puas ati apabila negeri tu dikalahkan oleh pasukan negeri aku...
kebelakangan ni, aku bnyk sangat disakitkan hati oleh org2 dari sana yg sgt ar tebal semangat kenegerian diorg tuh...
pada aku tuh suma tak perlu kot..
memang kita akan sayang negeri kita, macam aku, aku sayang negeri aku..
tapi tak perlu ar ditunjukkan sangat2 sampai org lain naik meluat..
mende nih bkn baru2 nih aku rasa, dah lama...
dari aku kat matrik...
(sebab dulu skola kat sini jerk, ngan budak2 negeri aku jerk)
mula dari loghat korg yg lgsg tak reti nak diubah kalu duk kat negeri org...
sampai ar cerita2 yg korg rasa wat kitrg kagum ngan negeri tuh walaupun sebenarnya tuh suma wat aku jadi menyampah.....

masa tgah tgok bola td....
ada ruang chat kat sebelah dia..
(sebab tgok online)
ada ar dalam 4 org penyokong negeri aku kat situ....
suasana mula2 ok...
tibe2, masuk seseorg yg asal dr negeri pihak lawan....
tak tau pe citer...
tetibe menaikkan kemarahan kitrg....
dengan secara tetibe mengatakan itu ini tentang negeri aku, sampaikan pengulas bola tu pun dikatakan berat sebelah sebab dia duk senegeri ngan aku..
sungguh takde motif.... biler aku lwan balik, dia kata aku nak carik gaduh ngan dia... sedangkan aku hanya katakan pengulas tuh tak effect pape kat game tuh..
lantak dia nak cakap pe....
dia kata kalau negeri aku menang dia gerenti surat2 akhbar kerajaan paling2 akan save satu muka surat esok untuk citer tuh...
tetibe nak masuk bab politik.... takde motif LANGSUNG!!!!!!
biler aku diam tak reply, dia tny knp senyap, takut kalah ker....
tetibe ada org tny dia duk mana sekarang, dia kata duk kajang....
aku rasa nak sepak dia kalu aku jumpa dia kat kajang....
(JANGAN DUK SINI AR KALU SAYANG SANGAT KAT NEGERI KO TUH!!!)

kepada kawan aku yang tengah blaja kat Mesir tuh...
sorry kalu aku terlebih sket masa cakap ngan ko tadi...
tapi aku memg meluahkan pe yg aku rasa...
terpulang nak diterima atau tak...

yang penting kita orang MALAYSIA!!!!!!!!!!
HIDUP MERAH KUNING........




p/s: bola hanyalah permainan, menang kalah adalah adat..... pasni lupakan pasal ni..
dah habis....

Friday, April 24, 2009

lawak baik punya!!!!!!!!!!!

hahahahahaha............
lagi skali aku akan hidangkan lawak2 yang aku rasa cukup hiburkan hati aku...
sebab aku memg suka baca2 mende2 mcm nih, so aku nak kongsi bersama2 ngan korg suma..
enjoy it ok!!!!!!

LAWAK 1
Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata,
Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!
Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.
Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. Kecik do¿oh.
Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata
Anak: Abah, umi Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik LAPANG!!!

LAWAK 2
Razlan dan Razi pergi berkhemah. Setelah penat memasang khemah dan hari pun sudah beransur gelap, mereka pun tertido la di dalam khemah tersebut. Beberapa jam kemudian, Razlan terbangun dan mengejutkan Razi dari tido.

Razlan : Razi, cuba kau pandang kat atas dan apa yang kau nampak.

Razi : Aku nampak berjuta-juta bintang.

Razlan : Dan apakah maksudnya itu?

Razi : *setelah berfikir sejenak* Dari sudut Astronomi ada kemungkinan yang terdapat berjuta-juta galaksi dan planet di luar sana. Dari sudut Astrologi aku perhati yang planet Musytari di kalangan Leo. Dari sudut Horologi, aku berpendapat masa sekarang lebih kurang pukul tiga pagi. Dari sudut Theologi aku dapat merasakan yang Tuhan itu maha berkuasa dan kita ni hanyalah hamba yang sangat kerdil dan lemah. Dari sudut Meteorologi, aku ramalkan yang esok cuaca akan cerah sepanjang hari. Kenapa kau tanya aku soalan yang macam tu? Apa maksudnya bagi kau?

Razlan : *Terdiam seketika*. Bodoh la kau ni Razi. Ada orang dah curik khemah kita la.

LAWAK 3
Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil.

"Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah.

Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya. Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya."

"Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta."

"Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua
buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya
lakukan?"

Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu, sang ayah pun berkata, "Kalau camtu hang cuba le skali lagi..."

LAWAK 4
Seorang professor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya tentang kelemahan diri. Dia bertanya, Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri. Semua pelajarnya diam. Ada yang tersenyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. Professor berkata, Ooohhh..jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh? pelajar itu berkata, Bukan..sebenarnya saya tidak sanggup lihat professor seorang saja yang berdiri.

LAWAK 5
Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku
diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan
tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana
salah nya........Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.
kes histeria disekolah kat BSB......
Misteri di Asrama Puteri terjawap!
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak
berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka
merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.
Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.
Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu
ketua jin itu pun datang.
Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan
dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin
itu!!!
Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si
ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya
yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.
"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!"
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...
"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK..."
""Aduhai... kekekeekeeee. ..""

LAWAK 6
Kambing dan ayam adalah kawan baik. Mereka berkawan sejak mereka baru dilahirkan lagi. Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing. Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam: Kambing, pekabo?

Kambing: Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.

Ayam: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing: Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam,kan?

Ayam: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.

Kambing: Apa?

Ayam: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur nampak...


hahahahaha..... memag kelakar giler aku rasa....
p/s: lawak yg last tuh untuk 18 tahun ke atas k....

Thursday, April 23, 2009

1 pagi.................... aduhai................

cepatnyer dah pukul 1....
bnyk lagi yg tak wat revision....
tapi bulu-bulu mata aku dah lurus kebawah nih....
nak tolong tutp mata aku...
(ngantok ar maknanya tuh)
tadi, aku dah berjaya menghancur leburkan satu paper....
seperti yg aku katakan..
paper tuh memg akan wat aku down giler2....
selamat si 'dia' ada......
tolong pujuk, bagi semangat...
(sayang abg)

jumaat nih, PRINSIP......
paper nih, nak kata susah, mcm tak brapa...
nak kata senang, mcm tak yakin plak...
ntah ler....
keputusannya, tggu jelah jumaat nih...

isnin arituh, pas balik dr exam...
aku kene saman lagik...
tapi kali nih jiha yg kene, tapi under nama aku...
sebab motor aku...
tu ar jiha, aku dah kata, time exam, pak guard memg berlambak...
kan dah kene....
tapi sian gak kat jiha...
aku tgok amaun saman tuh, 50 inggit...
pergghhhh..... giler mahal...
arap nanti nak bayar, harga dia lain ar....
pak guard tuh pun, pape ntah...
emosi semacam...
tahan kitrg, pastuh mara2....
nak saman, saman jelah...
kata kitrg berlagak, gelak2 suma....
mende ntah, masa biler kitrg gelak kat dia pun kitrg tak tau...
ish3....

lupakan ar dulu pasal tuh....
skrg nih, aku rasa aku nak p tidoq...
memg ngantok dah nih...
smbg study sok jeler....

slamat malam suma.....
slamat malam ibu, ayah....
slamat malam ayong, along, angah, kak lin, abang....
slamat malam comelku nazrin n nazrul...

n, slamat malam abg...
LOVE U ALL!!!!!!!!!!

p/s: bismika allahhummaahya waamutuh....
(ntah betul ker tak aku eja)

Tuesday, April 21, 2009

My Favourite

Cara2 Buat Mi Goreng Segera (Jenama: Mi Sedaap)
-Mi Goreng Sedaap Perisa Asli




Mula - mula skali, beli sebungkus besar coz dapat harga murah... Buka bungkusan tu... Ambil satubungkus kecil sahaja tau... Nanti, kalau x habis, membazir plak...
Kalau x cukup nanti, tambah lah lagi... Bukan susah sangat pun...






Satu bungkus sudah memadai... Kalau ambil dua bungkus atau lebih, nanti kan takut korang x habis makan plak... So, ambil lah satu bungkus... Lagipun, kalau membazir nie, kawan syaitan... Betul x...? Huhu...






Then, rendamkan mi dalam air panas yang menggelegak... Lebih kurang 100 darjah selsius lah kot... X pun senang - senang korang rebus je lah mi dia nie... Tp jangan lah rebus lame sangat tau... Kalau mi terlalu kembang, jadi rase x berapa sedap...






Ni sebagai suggestion je lah... Saya suka taruk bahan2 dan rempah dia kat atas tudung
bekas nie... Nak kasi ramuan tu panas skit... Kalau tumis x sesuai coz sikit sangat... So, cam ni lah kasi dia panas... Setelah beberapa minit berlalu, mi dah nampak agak kembang, korang bukak dia punya tudung dan kacau jer... Bagi dia punya ikatan antara zarah - zarah yg terdapat pada mi ni terlerai...
* p/s: ade unsur2 Sains lah plak...






Pastu, tos atau buang kan air rebusan mi tadi... Kalau nak tinggal sedikit air tu lantak korang lah... Tp kalau x sedap, jangan marah erh... Lepas tu, jangan tunggu lama - lama cam ni... Nanti mi ni jadi sejuk...







Sementara mi masih panas, masukkan semua bahan - bahan yang korang tengok kat atas tudung tadi... Kacau dan ratakan kesemua bahan - bahan tadi... Pastu korang makan lah terus... Coz kalau lambat makan, mi akan jadi sejuk dan rase dia pun x seenak yang korang sepatut nye kecapi macam saya rasa...



WANITA HIASAN DUNIA.....

Buat teman-teman yang diingati..
Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji...



Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka...

Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa...

Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji...

Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih...

Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu...

Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian...

Wahai sahabat wahai teman
Carilah dia kerana tuhan
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman...

Wahai sahabat wahai teman
Cintalah dia kerana beriman
Dijadikan tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan tuhan

Wahai sahabat wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk angaplah dugaan
Andai baik pujilah tuhan...

Wahai sahabat wahai teman
Ingatlah akan janji tuhan
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenagan...

Pergi Selamanya.....

Malam....
Kian mlangkah pergi....
Makin aku sendiri...
Termenung dalam sepi...
Dalam....
Kelam hening bayangmu.....
Bagai mengundang mimpi....
Saat kau dan aku...
Sayangnya....
Kau tiada...disisiku.....

Walau berkali ku tangisi...
Tak mungkin kau kan kembali....
Ku tak berdaya mengharungi sendiri...
Tanpamu, hidupku tak bererti...
Hari berlalu...
Kau kian jauh....
Di alam abadi...
Di pusaramu....oh.....

Hanya doa yang ku iringkan...
Dalam hiba, aku tangiskan...
Hilang tiada pengganti...
permata yang berharga dalam hidupku...oh....
Segalanya datang dan pergi...
aku tahu sukar bagiku...
Menelan kenyataan, takdir telah tertulis untuk dirimu...oh...

Hari kian silih berganti...
Masih aku sendiri, termenung dalam sepi....
Dalam pekat hening malamku....
Ku lihat lambaianmu dari syurgawi....
Memanggilku.....

Monday, April 20, 2009

Takziah......Satu Pemergian Tidak Dijangka....

Mohd. Sani.......
seorang jejaka kelahiran negeri sembilan.....
umurnya sebaya aku....
boleh dikira saudara aku kerana kami diikat oleh satu ikatan...
abg saudara dia dan kakak saudara aku berkahwin...
permulaan perkenalan kami.....
sekadar pandang-memandang, berbalas2 senyuman.....
kemudian, dia menghantar adiknya untuk meminta no hp ku.....
hehehehehe, kemudian dia menggunakan sepupuku untuk rapat denganku....
kebetulan sepupu ku itu adalah jiran depan rumahnya....
segalanya bermula disitu....
bermula dengan selalu menelefonku......
berjumpa dirumah makcikku....
dia akhirnya meminta satu hubungan yang lebih serius denganku....
ketika umurku baru melangkah 14 tahun, dia adalah org pertama yg mengajarku ber'couple'.....


hubungan kami tak lama......
mungkin sebab kami dah biasa seperti saudara, keserasian untuk bercinta tidak dirasai... kami sepakat untuk memutuskan hubungan......
tapi, kami masih bersahabat....
aku akui, dia seorang yang agak sosial......
kehidupannya sebagai seorang budak 'felda' dan bergelumang dengan mat2 rempit....
agak membuaskan dia....
5 tahun kami terputus hubungan, kami berjumpa kembali....
padaku dia sudah agak berubah.....
dia sudah mula faham tanggungjawab sebagai seorang lelaki dan seorang anak serta seorang abang..... dia adalah antara orang yg bnyk menjaga aku ketika aku belajar di kolej matrikulasi negeri sembilan.....
dia sering mengatakan hasratnya untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap...
untuk masa depan dia katanya.... alhamdulillah...

baru-baru ini, aku sibuk dengan kehidupanku di UKM setelah tamat di KMNS...
dia juga dah jarang ku hubungi...
kemudian, aku dikejutkan dengan satu berita bahawa dia sedang sakit teruk sekarang...
satu penyakit yang tidak dapat diketahui puncanya....
aku hanya dapat melihatnya dari jauh ketika aku pergi ke rumah makcikku...
dia seperti seorang yg hilang semangat....
dia sangat berbeza seperti sani yg aku kenal dulu...
dari seorang yg sgt lincah, dia seperti tiada apa2 di rumahnya...
aku sedih melihat dia....

sebentar tadi....
aku menerima panggilan dari sepupuku....
dia telah pergi menghadap Illahi...
secara tiba-tiba nafasnya sesak...
keluarganya menghantar ke klinik, dan keudian dia dihantar ke hospital Melaka...
Tuhan lebih menyayanginya....
dia meninggal dunia pukul 3 ptg td....

SEMOGA ROHNYA DITEMPAKAN DIKALANGAN MREKA YANG BERIMAN.....
TERIMA KASIH ATAS SEGALA YANG SANI DAH CURAHKAN UNTUK SHIDA.....
AWK TETAP DIHAT SAYA....
AL-FATIHAH.....

RiNdukAn KorANg SumA......KMNS!!!

Balik dari exam tadi...
sesaja ar layan internet jap...
nak check email....
tgok Tagged, Facebook, Friendster....
(banyaknyer....)
pastuh tengok ada komen baru kat dalam friendster nih....
dari seorang sahabat lama aku....
kitrg dah berkawan dari skolah rendah...
darjah satu....
family dia pun kenal sangat dah kat aku....
aku plak kenal sangat ngan abg dia...(sebab ensem sangat)
wawawawawa....
tuh bukan pe aku nak citer sebenarnya...
dulu dia pun budak KMNS ngan aku...
tapi dia budak setahun, aku plak budak dua tahun....
so, dia kuar dulu ar dr KMNS tuh....

aku tengok profile dia...
tengok gmbr2 dia...
macam2 ada, tapi masa tgok albuk KMNS...
aku tetibe jadi sayu giler...
tetibe jadi rindu giler kat kekawan kat kmns tuh...
especially biler dah masuk tahun dua ar...(dah jadi budak PST)
kenangan jadi ketua blok C2 memang sgt best...
aku kenal ramai orang.....
aku rindu kenangan petang2 lepak bilik tv sampai tengah malam...
kul 6 p turun jap, beli makanan, pastuh reramai duk bilik tv, MAKAN!!!
maghrib suma balik bilik, pastuh kul 8 penuh balik bilik tv tuh....
kawan yang paling kamcing ngan aku masa tuh nik....
dia bendahari blok aku....
garang giler...wakakakaka....
kalu nak marah bebudak blok, aku akan suh dia, sebab bebudak takut ngan dia...
walaupun aku ketua blok, diorg tak takut ngan aku sebab aku memg tak reti nak marah org... wat malu jerk aku nih....

kat kelas, H3P6....
aku kamcing ngan tiga org, aiza, fatin, ecah....
tuh jelah geng aku kalu kat kelas...
p mana2 mesti sesama....
sorg kene berdiri luar makmal, sesuma akan kene...
hahahahaha....
walaupun aku kakak antara diorg, tapi aku ar slalu yg jadi kpala wat jahat...
petang2 p main bola tampar...
sambil main sambil cuci2 mata.....
dulu aku mamat yg menjadi mangsa usha mata aku nih...
budak prak H3P7, Zubir nama dia....
hahahahaha...

pastuh pepagi kelas mula kul 8...
kul 8 baru kuar bilik, pastuh masuk tanpa rasa bersalah...
ish3...(sekarang pun mcm tuh gak)
sebab masa p kelas, akan gaduh2 dulu ngan sorg mamat nih nama dia Adim...
tak tau mcm mana kitrg leh kenal, tetibe jerk kenal...
tapi dia ar kwn lelaki matrik yg still contact ngan aku...

sESunggUhnYA...
AkU RinDu KOlej MatRikUlaSI NeGEri SemBilAN........

SekAdaR HilANgkaN GeMurUH Exam NiH.....

a) Apa beza kacang panjang dengan seluar panjang??

B) Banyak-banyak mi, mi ape yang takleh di makan??

C) Ada orang ni nak naik bas.Dia ada 50 sen saja. Tambang bas ke tempat dia nak pegi tu 60 sen. Mcm mana dia nak pegi tempat tu?

D) Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi die nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok ape tumbuh dulu?

E) Burung ape yg boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk ?

F) Tersebut kisah,ada seorang wanita yg menamakan anaknya nama FATIMAH, kenapa ?

H) Tempat apa ini... ... peserta dia pakai uniform, selalu bertambah & tak akan berkurangan?

I) Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna kelabu taik anjing. apa dia?

J) Macammana nak pegi haji kalau duit tak de?

Jawapan, scroll down. Tapi fikir ler dulu






































Jawapan:

A-Seluar panjang kalau dipotong jadi seluar pendek, tapi kacang panjang kalau dipotong tetap namanye kacang panjang aaa...

B. Misai

C. Dia buat muka seposen je..50 sen + 10 sen=60 sen

D. Dua2 tak tumbuh pasal Pak Ali tanam separuh jek..

E. Penguin

F. Sebab anak tu perempuan..huar..huar..huar..

H. Tempat Perkuburan

I. Lingkaran nyamuk Shieldtox

J. Jangan isap rokok. Duit tu kalau kumpul sehari RM5, setahun dah RM 1,800. 10 tahun dah dapat RM 18,000. Dah boleh pegi haji. ..Lagi.. kurangkan pakai hp..

Sunday, April 19, 2009

Peperiksaan Akhir Semester 2.....

Aduhai....
lemah betul aku biler tgok tajuk yang kat atas tuh...
arini dah ari ahad, pukul 7.30 mlm.....
peperiksaan aku akan bermula esok...
isnin, 20 April 2009, pukul 8.30 pagi....
dimulakan dengan satu kertas yg aku memg tak konfiden langsung kot...
KIMIA!!!!!!!!!!!
pastuh, satu lagi paper yg akan wat aku down...
STATISTIK!!!!!!!!!

eeemmm.....
pe lagi yang aku leh wat skrg melainkan ulangkaji jelah pe yang aku mampu...
kalu leh wat nanti, alhamdulillah...
kalu rasa mcm nak koyak kertas nanti...
arap2 leh bersabar jelah k...

anyway,
to all my friends....
GOOD LUCK!!!!!!!!
arap2 kita leh teruskan semester akan datang dengan penuh kegembiraan k...

Saturday, April 18, 2009

RASAINYA.....

Baru-baru nih aku dapat bnyk ayat2 cinta yang agak sedap ar dibaca...
sampaileh bawak masul alam angan2 ayat2 dia suma..
yang nih antara yang terbaik ar, dan aku nak kongsi ngan sesape2 yang slalu layan blog aku nih....

PERTAMA....

ya Allah ya Tuhan ku..

seandainya Kau catat kan....

dia milik ku..

tercipta buat ku..

satukanlah hati kami...

titipkan rasa kasih syg antara kami...

agar ia kekal abadi...

dan seandainya..

Kau takdirkan...

dia bkn milik ku...

bawalah ia jauh dari ingatan ku...

luputkan lah dari ingatan ku...

pasrahkanlah aku dgn takdirmu..

sesungguhnye

Kau lbh mengerti..

apa yg terbaik buat hambamu ini....

AMIN........

KEDUA.........

When you feel like crying ....call me. ! . ! . !
I don't promise that I will make you laugh,
but I can cry with you.

If one day you want to
run away don't be afraid to call me.
I don't promise to ask you to stop......
but I can run with you.
If one day you don't want to listen to anyone.....
call me.
I promise to be there for you
but also promise to remain quiet.
But one day if you call......
and there is no answer.....
come fast to see me.

You will always be in my life, even if I am not in your life.
Cause you're in my memory

Best kan................

Friday, April 17, 2009

KENAPA WANITA MENANGIS.....


Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya ¿Mengapa engkau menangis?¿

¿Kerana aku seorang wanita¿, kata sang ibu kepadanya.

¿Aku tidak mengerti¿, kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, ¿Dan kau tak akan pernah mengerti¿

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, ¿Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?¿

¿Semua wanita menangis tanpa alasan¿, hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak lelaki kecil itu pun lalu besar menjadi seorang lelaki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis..

Akhirnya ia berdoa Tuhan, dan ia bertanya, ¿Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?¿

Allah berfirman:

¿Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang
dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan ¿

¿Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya ¿

¿Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika
orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh ¿

¿Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap
keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya ¿
¿Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya ¿

¿Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami

yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu¿

¿Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan..
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.¿

¿Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.¿
¿Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah
pintu hatinya

¿ tempat dimana cinta itu ada.¿

Thursday, April 16, 2009



KEHIDUPANKU, SAHABATKU, KINI.....



PARA SAINTIS, HUUHUHUHU.....



HAPPY2 SELALU OK...KALIAN DIHATI...



RINDU KALIAN SANGAT2...



ZAMAN KEGEMILANGANKU, RAKAN KENAKALANKU....



HERO2 ZAMAN SEKOLAHKU....HEHEHEHE....



ASHRAF, SAHABATKU SELAMANYA....



SAHABAT WAKTU KECILKU.....

INTAN........

ari ni hari khamis dah...
esok ari jumaat....
lagi dua hari bermulalah final exam sem 2 nih...
aku balik umah ptg td....
niat hati nak jumpa ibunda dan ayahanda kesayangan....
mintak restu kot...
heheheheehe...
tapi keyakinan diri mcm tak brapa nak teguh nih nak exam next week..
takpe ar...
lupakan jap pasal tuh...
terlanjur kat umah nih...
meh layan citer kesukaan aku skrg nih jap...
INTAN....
citer nih memg dah agak meleret....
sangat panjang kot...
tapi aku pun tak paham kenapa aku tetap layan gak...
ibu aku tak yah cakap ar kan.....
memg takleh usik dah remote kalu dah kul 11....
kalu nak pegang smula kul 12 kang baru bleh....
memg tak pernah ar miss citer nih....
tapi citer nih memg agak menarik pun sebenarnya...
kalau ar ada org yg setabah intan nih dalam dunia nih...
memg giler res[ek ar aku kat dia...
masalah dtg tak hbs2....
sampai skrg dah masuk anak dia plak yg jadi mcm dia....
tapi sebenarnya suma org syg dia, sebab dia sgt baik ngan suma org...
bagusnyer kalu aku nih mcm dia...
senang nak mesra ngan suma org...
huhuhhuhu (SEMPAT BERANGAN JAP)
sok ptg balik UKM smula......
teruskan perjuangan yang perlu diuruskan......
CAHIYOK2!!!!!!!!!!


p/s : HarI SabTu P JuMpA ToK NuJUmku......

Wednesday, April 15, 2009

Meh gelak2 jap!!!!




KISAH 1
Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan
memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai… Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..
“Maaf, Encik… Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada
di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir
yang kami ada… Maaf ya Encik.” Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,”Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya.”
Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,
lelaki gagah tadi dengan wajah marah
sambil membawa pisau menghampiri Razak.

“Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan
engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku
lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong
kakinya, aku akan potong kaki engkau.
Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga
perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau
lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau.”
Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan
Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya
dan menjilat bontot ayam tersebut…

KISAH 2

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan
semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang ‘konon’nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

KISAH 3

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 29 March 2009

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

KISAH 4

Suatu hari seorang Pegawai Khidmat Pelanggan di syarikat mesin cetak mendapat panggilan dari Pak Pandir iaitu salah seorang pelanggannya. Pak Pandir rupanya mendapat kesulitan untuk mencetak warna kuning, hanya warna cyan dan magenta yang kelihatan.

Pegawai Khidmat Pelanggan pening kepala memikirkannya, apalagi ketika Pak Pandir mengatakan bahawa pencetaknya boleh mencetak warna-warna lainnya, termasuk kombinasi warna kuning, seperti hijau. Pegawai Khidmat Pelanggan kemudian meminta Pak Pandir untuk mengganti cartridge kuning, memadam driver-nya dan kemudian meng-install-nya kembali. Tapi saranan itu tidak membuahkan hasil. Bahkan teman-teman Pegawai Khidmat Pelanggan lainnya tidak ada yang tahu bagaimana caranya mengatasi masalah ini.

Setelah dua jam dalam kebingungan, Pak Pandir bertanya, “Boleh tak saya mencetak di atas kertas putih daripada di atas kertas kuning yang saya pakai sekarang nie?”

Pegawai Khidmat Pelanggan, “@#$%^&”

DIA ADALAH CINTAKU...........


Dia datang tanpa diundang dalam hidupku.....
Datang menegurku atas dasar kawan...
yang sudi mendengar masaalahku....
yang sudi membantuku.....
yang sudi menghulurkan tangan ketika aku didalam kegelapan...
kegelapan yang dicipta oleh seorang insan yang pernah aku cintai...
seorang insan yang dulu aku sanjungi...
seorang insan yang bersungguh2 hatinya kujagai...
tetapi akhirnya insan itu adalah orang yang mengkhianati....

tetapi...
si dia datang menghulurkan cahaya itu....
datang bersama2 tangan ynag mengesat air mataku....
datang bersama senyuman yang aku sudah mula abaikan....
aku kembali ingat siapa diriku...
aku masih ingat perjalanan yang aku harus lalui....
perjalanan yang lebih penting dari segala-galanya...
perjalanan yang terletaknya seribu harapan...
dia mengingatkan aku tentang orang2 yang mengharapkanku.......
mengharapkanku menamatkan pejalanan itu dengan seribu senyuman....

terima kasih atas segalanya....
kau datang dikala aku sangat memerlukan teman....
teman yang akan sentiasa bersama aku....
teman yang akan sentiasa mendoakanku....
teman yang sentiasa menegurku dikala kesalahanku.....
teman yang sentiasa mengelap air mataku ketika aku kesedihan....

walaupun masa depan itu bukan ditangan kita...
walaupun takdir itu adalah ketentuannya...
walaupun jodoh itu adalah urusannya....
aku harap kita akan sentiasa berusaha...
untuk mencapai segala apa yang kita impikan....
perjanjian selama 3 tahun ini....
harap dapat kita lalui bersama.....
aku yakin terhadap cinta itu....
dan aku harap kau yakin terhadap cintaku.....

CDA SAYANG ABG.............

Tuesday, April 14, 2009

CINTA INDAH........


Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu "Catrina... kesepian & perlukan sahabat". Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetujuuntuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu masing- masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis . Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati. Sehingga suatu hari, si jejaka d ipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis. Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku." Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu... Beberapa bulan kemudian... Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga. Tiba-tiba..si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis. "Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.." sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis itu terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu.... ." Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia... May all the love in the world comes to you & your loved ones after reading this. Adakah lagi insan seperti lelaki ini di dunia ini???? Menerima seadanya...dgn hati yg tulus dan ikhlas......... fikir2kanlah



Thursday, April 9, 2009

KENANGAN MANIS SELAMANYA......



























KEHIDUPAN ITU MEMANG PENUH DENGAN DUGAAN, TAPI KEHIDUPAN ITU JUGA SATU KEINDAHAN..... I LOVE THIS MOMENT....

KEPENATAN......SATU KEPUASAN.....

skrg nih dah pukul 2.10 pagi.....
aku masih lagi duk ngadap laptop nih...baru balik dr PUSANIKA td kul 12 lebey...
watpe aku kat sana sampai waktu mcm tuh???
pe lagi...siapkan segala keperluan tuk silat n pameran ar....
kali nih punya event memg sgt penat kot....
dicampur dengan kurg mendapat coorperation dr bebudak lain....
menambahkan lagi penat badan aku nih...
tu ar, sape suh hang sanggup jd pengarah...
telan ar sndr....
tapi aku nak jawatan tuh, sebab aku memg sgt minat PS nih...
takpe ar, tambah pengalaman baru...
dan tambah fahaman baru tentang manusia yg sebenar dengan manusia robot keliling aku...
tinggal lagi tiga hari lagi event aku nih...
pastuh aku nak mual bukak note untuk final exam...
lum study pape lagi nih...
aku dah bnyk susahkan parents aku sem nih....
so, kene ar bwk balik result yg agak ok....
walaupun tak sebagus mana, sebab aku memg kurg minat blaja...
tapi result yg sedap dipandang tuh kene ar dapatkan gak...
untuk IBU tersayang....
CHAIYOK2!!!!!!!!!!!!!
SHIDA, YOU CAN DO IT!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, April 5, 2009

Pengurusan Seni.....

Apa sebenarnya yang aku dapat melalui kelab yang aku join nih.....
banyak, sangat banyak....
dan aku mula belajar erti hidup, kawan dan manusia yang sebenarnya....
hidup kita nih sebenarnya sentiasa dikelilingi oleh pelbagai jenis manusia....
aku sentiasa berharap tidak menjadi seseorang yang hipokrit..
tapi pada zaman seperti sekarang ni...tipu dan berpur-pura tuh adalah lumrah hidup...
lebih pandai kau berpura-pura, lebih maju kau....
betul ker????
tapi tuh yg aku rasa sekarang nih....
takpe lah, boarlah kita tak semaju seperti org2 itu, asalkan kita berpegang pada prinsip kita...
dunia bukan segala-galanya.....
walaupun kita akan sentiasa ditindas dan digunakan....
bergembiralah, yakin Allah sentiasa ada dengan kita, dengan manusia yang sentiasa bersabar....

Friday, April 3, 2009

THE BEGINNING.......

hallo.....assalamualaikum....
for the first time...trying to make my own blog....
after long time just read and read pther people blog...
huhuhuhuhu...how sad it is right...
nih pun atas sokongan dan dorongan penuh dari rumet ku seorang peguam yang sgt berdedikasi dimasa akan datang....
"takde mende ynag susah kat internet ni shida, try buat dulu then ko akan jadi gian giler"
wawawawa, aku inagt dengan jelas ayat belio itu....
so, tak salah gak kalu aku try buat kan.....
pape hal, tgok ar mcm mana jadinyer blog aku nih nanti....