CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 15, 2009

Meh gelak2 jap!!!!




KISAH 1
Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan
memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai… Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..
“Maaf, Encik… Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada
di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir
yang kami ada… Maaf ya Encik.” Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,”Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya.”
Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,
lelaki gagah tadi dengan wajah marah
sambil membawa pisau menghampiri Razak.

“Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan
engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku
lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong
kakinya, aku akan potong kaki engkau.
Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga
perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau
lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau.”
Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan
Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya
dan menjilat bontot ayam tersebut…

KISAH 2

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan
semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang ‘konon’nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

KISAH 3

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 29 March 2009

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

KISAH 4

Suatu hari seorang Pegawai Khidmat Pelanggan di syarikat mesin cetak mendapat panggilan dari Pak Pandir iaitu salah seorang pelanggannya. Pak Pandir rupanya mendapat kesulitan untuk mencetak warna kuning, hanya warna cyan dan magenta yang kelihatan.

Pegawai Khidmat Pelanggan pening kepala memikirkannya, apalagi ketika Pak Pandir mengatakan bahawa pencetaknya boleh mencetak warna-warna lainnya, termasuk kombinasi warna kuning, seperti hijau. Pegawai Khidmat Pelanggan kemudian meminta Pak Pandir untuk mengganti cartridge kuning, memadam driver-nya dan kemudian meng-install-nya kembali. Tapi saranan itu tidak membuahkan hasil. Bahkan teman-teman Pegawai Khidmat Pelanggan lainnya tidak ada yang tahu bagaimana caranya mengatasi masalah ini.

Setelah dua jam dalam kebingungan, Pak Pandir bertanya, “Boleh tak saya mencetak di atas kertas putih daripada di atas kertas kuning yang saya pakai sekarang nie?”

Pegawai Khidmat Pelanggan, “@#$%^&”

0 comments: