CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 24, 2009

lawak baik punya!!!!!!!!!!!

hahahahahaha............
lagi skali aku akan hidangkan lawak2 yang aku rasa cukup hiburkan hati aku...
sebab aku memg suka baca2 mende2 mcm nih, so aku nak kongsi bersama2 ngan korg suma..
enjoy it ok!!!!!!

LAWAK 1
Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung, tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata,
Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!
Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.
Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. Kecik do¿oh.
Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata
Anak: Abah, umi Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik LAPANG!!!

LAWAK 2
Razlan dan Razi pergi berkhemah. Setelah penat memasang khemah dan hari pun sudah beransur gelap, mereka pun tertido la di dalam khemah tersebut. Beberapa jam kemudian, Razlan terbangun dan mengejutkan Razi dari tido.

Razlan : Razi, cuba kau pandang kat atas dan apa yang kau nampak.

Razi : Aku nampak berjuta-juta bintang.

Razlan : Dan apakah maksudnya itu?

Razi : *setelah berfikir sejenak* Dari sudut Astronomi ada kemungkinan yang terdapat berjuta-juta galaksi dan planet di luar sana. Dari sudut Astrologi aku perhati yang planet Musytari di kalangan Leo. Dari sudut Horologi, aku berpendapat masa sekarang lebih kurang pukul tiga pagi. Dari sudut Theologi aku dapat merasakan yang Tuhan itu maha berkuasa dan kita ni hanyalah hamba yang sangat kerdil dan lemah. Dari sudut Meteorologi, aku ramalkan yang esok cuaca akan cerah sepanjang hari. Kenapa kau tanya aku soalan yang macam tu? Apa maksudnya bagi kau?

Razlan : *Terdiam seketika*. Bodoh la kau ni Razi. Ada orang dah curik khemah kita la.

LAWAK 3
Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil.

"Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah.

Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya. Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya."

"Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta."

"Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua
buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya
lakukan?"

Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu, sang ayah pun berkata, "Kalau camtu hang cuba le skali lagi..."

LAWAK 4
Seorang professor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya tentang kelemahan diri. Dia bertanya, Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri. Semua pelajarnya diam. Ada yang tersenyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. Professor berkata, Ooohhh..jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh? pelajar itu berkata, Bukan..sebenarnya saya tidak sanggup lihat professor seorang saja yang berdiri.

LAWAK 5
Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku
diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan
tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana
salah nya........Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.
kes histeria disekolah kat BSB......
Misteri di Asrama Puteri terjawap!
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak
berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka
merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.
Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.
Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu
ketua jin itu pun datang.
Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan
dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin
itu!!!
Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si
ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya
yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.
"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!"
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...
"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK..."
""Aduhai... kekekeekeeee. ..""

LAWAK 6
Kambing dan ayam adalah kawan baik. Mereka berkawan sejak mereka baru dilahirkan lagi. Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing. Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam: Kambing, pekabo?

Kambing: Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.

Ayam: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing: Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam,kan?

Ayam: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.

Kambing: Apa?

Ayam: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur nampak...


hahahahaha..... memag kelakar giler aku rasa....
p/s: lawak yg last tuh untuk 18 tahun ke atas k....

0 comments: